|
Kaya dengan sejarah serta mengikut arus permodenan, Melaka merupakan sebuah dunia mistik yang menanti anda untuk menyelaminya. Beberapa abad yang lampau, ia merupakan tempat lahirnya kerajaan Melayu. Dari sebuah kampung persisiran pantai, ia telah bertukar menjadi sebuah bandar bernilai lagi kaya dengan kebudayaan dan sejarah. Dan di sebalik aktiviti-aktiviti kegemaran pelancong di kota Melaka ini, seperti bersiar-siar serta mancari barang-barang aneh, terdapat sebuah hotel yang khusus untuk memenuhi keperluan anda.
Hallmark Hotel ialah sebuah hotel 2 bintang. Untuk penginapan anda, 78 bilik tetamu yang selesa, termasuk bilik standard, deluxe dan 'suite' keluarga. Demi keselesaan anda, bilik mandi sendiri, penghawa dingin, LCD TV warna dengan Astro dan kemudahan IDD. Dan untuk ketenangan anda, sistem kunci capaian kad moden bagi pintu bilik anda.
Hotel Hallmark berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselesaan anda seakan-akan anda berada di rumah dan tidak terkecuali juga Cafe.
Anda akan mendapati bahawa Hotel Hallmark terletak di tengah-tengah tapak bersejarah kota Melaka dan kedai-kedai barangan antik. Chinatown, The Stadhuys, A'Famosa, Jonker Street dan banyak lagi tarikan pelancong terletak hanya beberapa langkah dari kami.
|